Congested – Kenapa capaian jadi lambat ?

Semua wireless operator di kawasan bandar besar (bandaraya) akan menghadapi masalah tower congested. Ini kerana terlampau ramai pengguna menggunakan perkhidmatan internet broadband dalam sesatu masa. Tunggulah bila cuti tahun baharu china atau hari raya puasa bukan saja internet, jalan raya pun bergerak lancar.

Untuk pengetahuan semua, network 3G berkongsi data internet dengan perkhidmatan GSM biasa video/voice call. Setiap BTS mempunyai kapasiti limit. Setiap operator akan membahagikan trafik antara data internet dengan voice/video call mengikut budi bicara mereka. Keutamaan lebih kepada suara/video dari data.

SIM kad baru dan hpone baru yang menyokong 3G akan default ke 3G. Panggilan suara melalui rangkaian 3G lebih lunak didengar berbanding GSM. Awak akan mendengar bezanya jika menggunakan stereo earpone. Menggunakan earpiece pada hset memang tak ada beza bunyi.

Celcom blue, celcom postpaid, Hotlink ialah 3G ready. XPAX ialah 2G only. 3G boleh diaktifkan dari menu *118#. Digi postpaid & prepaid pula kamu perlu menghubungi talian pelanggan digi untuk mengaktifkan 3G.

Ok sekarang operator sudah tahu kawasan tu congested. Kelajuan HSDPA selambat sepantas dial-up 45kbps saja. Kenapa operator tidak bertindak ?

Cakap memang mudah bro. Satu tower dikongsi bersama oleh celcom, digi, maxis, izzi, jaring, umobile, p1wimax, amax, cdma, evdo, majlis bandaran, pihak polis, kastam, radio amatur .. lu name it …

Setiap Operator GSM ada dua sector antenna untuk GSM dan 3G. Tiga set untuk liputan 360 darjah. Tambah dengan piring microwave. Memang serabut beb.

Saya percaya mereka menggunakan BTS dengan kapasiti maksimum yg ada dijual. Saya juga percaya semua operator ada duit untuk memasang BTS baru. Masalahnya tower di kawasan sesak penduduk sudah penuh. Mereka (pengendali wireless) tak boleh buat tower baru sesuka hati mereka. Nanti majlis akan robohkan. Penduduk akan komplen masalah radiasi dari menara telekomunikasi. Kecoh keluar paper metro. MCMC akan keluar surat saman.

So apa nak buat ?

Tak buat apa-apa lah ! Bayangkan p1wimax, izzi, Jaring yg tak berkongsi spektrum dgn operator lain pun ada masalah congested. Seluruh spektrum radio yg diberi kepada mereka digunakan sendiri. Ini pula celcom, maxis, digi, Umobile berkongsi spektrum 3G yang terhad bersama-sama.

Pilihan yang awak ada ialah pindah kawasan lain atau tukar operator yg kurang sesak.


About this entry