Menguji celcom Broadband

Sebelum anda membuat keputusan melanggan celcom broadband (juga u mobil, digi, maxis, izzi, jaring wireless) perlu la dulu menguji prestasi menggunakan celcom daily boardband rm8/hari.

Belilah celcom xpax 3g berharga rm8.50. Bukan xpax biasa. Yg ini SIM 3G punya. Dalam tu ada kredit rm5. Sebelum melanggan daily broadband topup dulu rm10. Sebelum topup register dulu xtra 20% kredit panggilan. topup rm10 dapat rm2 percuma. Maklumat lanjut call *118#

Masukan xpax 3g dalam 3g datamodem. pakai hpone boleh jugak. pastikan datamodem / phone 3g support hsdpa.

Untuk melanggan daily broadband call *118# pilih celcom berukband. Tunggu sampai dapat sms anda sudah melannggan daily brukband. Lepas tu pilih menu check status. pastikan anda sudah mendaftar untuk daily brukband jika tidak kena caj 10 sen 10 kb.

Tepat 1 jam sebelum langganan tamat, ada satu sms pemberitahu. balas brukband yes utk menyambung langganan. Tiada balasan akan diterima. Utk pengesahan sms brukband status ke 28882.

Berapa laju celcom brukband ?

Wireless internet menggunakan sistem perkongsian bersama dgn pengguna lain. Macam juga lebuhraya, ramai pengguna jalan sesak. sedikit pengguna boleh pecut laju. macam tu jugalah brukband. Bezanya tak ada polis trafik pasang speed trap.

kalau tempat anda terlampau ramai pengguna celcom, kamu akan mendapat sambungan hsdpa dengan kelajuan gprs. kalau macam ni tak usahlah melanggan celcom brukband. Buat sakit kepala saja.


About this entry